Takrifan genosid Konvensyen Genosid

Perkara 2 Konvensyen berkenaan mentakrifkan genosid sebagai:

... mana-mana daripada tindakan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kelompok bangsa, etnik, kaum atau agama, seperti berikut:

  • (a) Membunuh ahli kelompok;
  • (b) Menyebabkan kemudaratan yang serius dari segi fizikal atau mental kepada ahli kelompok;
  • (c) Melakukan dengan sengaja ke atas kelompok keadaan hidup yang dirancang untuk membawa kepada pemusnahan fizikalnya secara keseluruhan atau sebahagian;
  • (d) Mengenakan langkah-langkah yang bertujuan untuk mencegah kelahiran dalam kelompok;
  • (e) Memindahkan secara paksa kanak-kanak kelompok itu ke kelompok lain.
— Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Perkara 2[7]

Perkara 3 mentakrifkan jenayah-jenayah yang boleh dihukum di bawah konvensyen itu:

(a) Genosid;

(b) Konspirasi untuk melakukan genosid;(c) Hasutan langsung dan awam untuk melakukan genosid;(d) Cubaan untuk melakukan genosid;(e) Kelibatan dalam genosid.
— Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Perkara 3[7]

Konvensyen itu diluluskan untuk mengharamkan perbuatan-perbuatan yang serupa dengan genosid Armenia dan Holokus.[8]

Draf pertama Konvensyen Genosid memasukkan pembunuhan politik tetapi USSR[9] dan beberapa negara lain menafikan bahawa membunuh kelompok pendapat politik atau status sosial itu genosid,[10] maka ketetapan ini dipadamkan sebagai kompromi politik dan diplomatik.

Draf-draf awal juga memuatkan pemusnahan budaya dalam konsep genosid tetapi ini ditentang oleh bekas-bekas negara Eropah kolonial dan beberapa negara peneroka.[11] Perbuatan sedemikian, yang Lemkin pandang sebagai sebahagian daripada konsep genosid, sejak itu sering dibincangkan sebagai genosid budaya (istilah yang juga tidak termaktub dalam undang-undang antarabangsa). Pada Jun 2021, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan garis panduan baharu menyatakan bahawa pemusnahan budaya, apabila berlaku bersama-sama perbuatan genosid lain yang telah diiktiraf, berpotensi menjadi bukti yang menyokong niat jenayah genosid.[12]

Rujukan

WikiPedia: Konvensyen Genosid https://legal.un.org/avl/pdf/ha/cppcg/cppcg_ph_e.p... https://legal.un.org/avl/ha/cppcg/cppcg.html https://legal.un.org/avl/historicarchives.html https://undocs.org/en/A/RES/96(I) https://www.un.org/en/genocideprevention/genocide.... https://archive.org/details/specterofgenocid00robe https://archive.org/details/specterofgenocid00robe... https://books.google.com/books?id=29u-vt_KgGEC&q=g... https://books.google.com/books?id=oBpEVAY0SqQC&pg=... https://www.getty.edu/publications/pdfs/CulturalGe...